Tasymit Dan Tahmid

Dari Anas bin Malik r.a katanya, dua orang lelaki bersin berhampiran nabi s.a.w. Lalu yang satu ditasymitkan oleh baginda sedangkan yang satu lagi tidak. Maka orang yang tidak ditasymitkan oleh baginda bertanya:”Si fulan bersin anda tasymitkan, tetapi saya bersin tidak anda tasymitkan. Mengapa begitu ya Rasulullah?” Jawab baginda:”Yang ini sesudah bersin dia memuji Allah, sedangkan kamu tidak.” (Muslim)



READ MORE..

Aku Naik Saksi Bahawa Muhammad Itu Pesuruh Allah



Click Here to Watch

Satu kajian yang dilakukan oleh Sheikh Abdul Majeed Al-Zandaney menggunakan satelit untuk memanifestasikan sabda junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W
~satu video yang WAJIB di tonton~

Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan selain Allah dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah!!

Takbir...Allahuakbar


READ MORE..

Kelebihan Sayidina umar Dalam Ilmu Agama!

Diriwayatkan dari Ibnu Umar r.a:” Rasulullah SAW pernah bersabda:” Di dalam tidur ku, aku melihat mangkuk penuh susu diberikan kepada ku dan aku meminumnya hingga membasahi sebahagian jemari ku. Kemudian aku memberikan sisanya kepada Umar bin al-Khattab.” (Para sahabat nabi SAW bertanya:” Apakah tafsiran anda (terhadap mimpi itu) ya Rasulullah SAW? Nabi SAW menjawab:” Itulah ilmu (agama).”


READ MORE..

Doa Antara Dua Sujud



Maksudnya: Ya Tuhanku, ampunilah aku, ampunilah aku.


READ MORE..

Doa Ketika Sujud



Maksudnya: Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi


READ MORE..

Doa Ketika Bangun Dari Rukuk



Maksudnya: Allah telah mendengar orang-orang yang memujinya


READ MORE..

Doa Ketika Rukuk



Maksudnya: Maha Suci Tuhanku Yang Maha Agung


READ MORE..

Mati Hidup Semula



Click here to watch
Mati Hidup Semula 1/8
Mati Hidup Semula 2/8
Mati Hidup Semula 3/8
Mati Hidup Semula 4/8
Mati Hidup Semula 5/8
Mati Hidup Semula 6/8
Mati Hidup Semula 7/8
Mati Hidup Semula 8/8

Kisah benar bukti kekuasaan Allah s.w.t tentang peristiwa luarbiasa iaitu kematian seorang wanita Indonesia yang berumur 25 tahun bernama Aslina. Beliau yang mengalami sakit tenat dan telah mendapatkan rawatan di Melaka telah meninggal dunia selama 2 jam, koma selama 2 hari dan hidup kembali selepas itu. Dalam masa beliau telah diistihar mati oleh doktor, beliau telah mengalami beberapa kejadian luar biasa semasa beliau dalam keadaan mati.



READ MORE..

Haram Berkahwin Dengan Saudara Sesusu

Diriwayatkan oleh Abdullah Mulaika r.a: “Uqbah bin Harith r.a berkata bahawa ia menikahi anak perempuan Abi Ihab bin Aziz. Tidak lama kemudian seorang perempuan menemuinya dan berkata :”Akulah yang menyusui Uqbah dan perempuan yang dinikahinya. Uqbah berkata kepadanya :” Aku tidak tahu kamu telah menyusui ku dan kamu tidak mengatakannya kepada ku.” Kemudian dia pergi menemui Rasulullah SAW di Madinah dan bertanya kepada Rasulullah SAW tentang hal itu. Rasulullah SAW menjawab: “Bagaimana kamu boleh (memperisterikannya) padahal telah dikatakan kepada mu (bahawa ia saudara sesusu mu) ? Kemudian Uqbah menceraikan isterinya dan kemudian isterinya berkahwin dengan orang lain.” (al-Bukhari)


READ MORE..

Sebab-sebab Batal Wudhu’

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW pernah bersabda: ”Solat orang yang berhadas (keluar air kencing, membuang air besar dan kentut) tidak diterima (Allah) sebelum dia berwudhu.” Seorang yang berasal dari Hadramaut bertanya kepada Abu Hurairah: “Apakah hadas itu?” Abu Hurairah menjawab:” Hadas itu ertinya angin yang keluar dari lubang anus.”(al-Bukhari)



READ MORE..